 |

Sunday, July 23, 2006
 JAMU MAK DARA GOLD Produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah seperti yang selalu dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur. Ia merupakan satu produk herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem tubuh. Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap Arthritis. Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara Gold bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul. Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:- 1. Menyuburkan rahim Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya. 2. Mengatasi masalah keputihan Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam. 3. Merapatkan faraj Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah. 4. Menambah nafsu syahwat Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini. 5. Memberi Tenaga Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian. 6. Membuang toksik dalam badan Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah. 7. Memperbaiki sistem kitaran haid Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain. 8. Membakar lemak berlebihan Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan. 9. Membuang angin Angin terhasil daripada pemakanan yang tidak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan. 10. Mengurangkan masalah bau badan Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan. 11. Mengatasi masalah kemaluan berbau Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau. 12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif. 13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan. SERBUK - RM 65 KAPSUL - RM 49
HARAP MAAF - STOK SEPERTI DI BAWAH TIADA LAGI...semua nya tinggal kenangan sahaja..
Versi lama dalam kenangan.....  Ramai wanita bimbang apabila mengalami masalah longgar dan kemutan yang tidak sehebat seperti dipersembahkan malam pertama. Ditambah pula dengan masalah faraj yang banyak mengeluarkan air. Ia pasti sesuatu yang menakutkan...bukan apa bimbang akan persembahan yang tidak cengkam buat santapan si suami. Silap hari bulan, si suami akan mencari yang lebih muda dan bergetah....
Masalah longgar dan faraj berair, bukanlah sesuatu yang baru dikalangan kaum wanita.Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga. Lantaran itu, setiap wanita perlu bijak mengawal keadaan dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan, agar si suami tidak mempunyai alasan untuk membuka cawangan baru. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kini terdapat banyak produk di pasaran yang boleh mengembalikan keceriaan hubungan seksual dan kebahagiaan rumah tangga.
Jamu Mak Dara adalah antara produk yang cukup berkesan. Ia diperbuat daripada 32 jenis herba terpilih daripada gabungan 2 negara iaitu India dan Indonesia.
Jamu ini mempunyai pelbagai khasiat.
Antaranya merapat dan mengetatkan faraj yang longgar, mengurangkan air pada faraj dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan itu sahaja ia juga bertindak balas dalam merapat dan menaikkan peranakan ke tempat asal, menguatkan kemutan faraj, mengembalikan kesempurnaan hubungan, meningkatkan tahap keghairahan dan memulihkan lemah nafsu syahwat, mengatasi masalah keputihan. selain itu, ia juga bertindak mengembalikan tenaga zahir dan batin seperti keletihan.
Bagi wanita yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan Jamu Mak Dara pada hari ketujuh dalam pantang. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot2 yang kecut, menyembuhkan luka bersalin, memulihkan dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim. Jamu ini juga boleh melangsingkan tubuh wanita dan mengatasi masalah haid seperti senggugut dan pusingan haid yang tidak teratur. Ia juga bukan sahaja mencantikkan tubuh malah mencantikkan kulit yang tidak bermaya SERBUK - HARGA - RM 60.00 -250gm
KAPSUL
JAMU MAK DARA - RM 45.00 - 60 Kapsul JAMU ANAK DARA -RM 45.00 - 60 kapsul 2 biji pagi sebelum sarapan 2 biji malam sebelum makan malam
Posted at 06:06 am by jamumakdara
Permalink
Jamu Mak Dara Sungguh Unik
JAMU MAK DARA
Jamu Mak Dara Formulasi Tradisional Turun Temurun.
Produk Jamu Mak Dara adalah hasil resepi turun temurun yang di warisi oleh
Keluarga Ibu Halimah. Jamu ini sangat popular sekitar Rengit, Johor seawall tahun
50-an lagi.Sejak sekian lama ia di kenali di kalangan pelanggan tetap, Ibu Halimah mengambil inisiatif untuk mengkormesialkan nya khusus buat mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.
KHASIAT PRODUK JAMU MAK DARA ADALAH UNTUK :-
Membuang toksik didalam badan - Membuang angin - Menyuburkan rahim - Masalah keputihan - Merapatkan faraj - Memberi tenaga, cergas seawal pagi. - Membetulkan sistem kitaran haid - Membakar lemak dan menurunkan berat badan - Mengurangkan bau badan - Menambahkan nafsu syahwat - Mengurangkan sakit pinggang dan lemah tubuh badan - Awet muda
Bahan-bahan JAMU MAK DARA:-
gadong / tahi angin /cabai pintal / akar siak / sambar antu cabai batik / akar cerita / kulit pulau sari/ kulit kayu serapat ketumbar kasar /jintan hitam / temulawak /halia bara /halia putih kunyit kering / kayu manis cina / kedaung / daun cina maki /masuri jerangau / lengkuas merah / buah keras / jemuja / daun terawas hadas pedas / langkau besar / langkau kecil/ bica bolong / biji kami / buah gorek / akar kayu putih / cekor
Jika anda ada masalah berikut.....boleh amalkan JAMU MAK DARA:-
Berat badan Untuk awet muda Ada masalah senggugut dan haid tak teratur Masalah keputihan Muka berjerawat dan kusam Mengembalikan semula keharmoniaan rumahtangga Masalah faraj longgar, rahim turun, berair dan kurang mencengkam Masalah terkencing ketika batuk dan bersin Masalah banyak angin dlm badan Masalah toksik dlm badan Masalah kesihatan seperti gout darah tinggi, kencing manis, resdung, migrain dll Masalah sengal badan, sakit pinggang, sakit tumit dan lutut Ingin berhenti merokok Tidor tak lena...
Cara Mengamalkan nya:-
Untuk langsingkan badan / kesihatan keseluruhan wanita(2 X sehari )
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan
PERINGATAN - Harus cukup rihat dan tidur, elakkan makan malam selepas 7 malam, elakkan mengambil nasi pada waktu malam.Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ketika Dalam Pantang ( 2 X sehari)
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan
Bancuhkan jamu dengan air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarpaan dan 1 kali petang ( 4 petang) sebelum makan malam.
PERINGATAN - kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah spt sup,gulai ,bercili dan berlemak.
Untuk Pesakit Darah Tinggi ( 1 kali sehari)
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan
Bancuh kan jamu dgn air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan.
SEKALI SEHARI SAHAJA!!
PERINGATAN : Harus cukup rihat dan tidur.Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.
CARA MENYEDIAKAN NYA:-
Bancuhkan jamu dengan air panas (1/2 cawan) dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan dan 1 kali petang ,sebelum makan malam.
Semasa minum jamu sila angkat payudara dahulu, selepas habis minum air suam barulah di turunkan semula.
Pastikan minum air masak sekurang-kurang nya 8 gelas sehari.
*****************************************************************************************************
TAWAN SUAMI DENGAN JERAT SEKSUAL
Wanita pun pasti tidak sanggup bertahan jika suami punya hobi yg suka berpoya-poya. Lebih baik hidup sendiri daripada bersama suami yg bersikap demikian. Kehadiran isteri disisi adalah untuk dihargai dan bukan untuk dilukai hatinya. Bagi isteri yg mempunyai pasangan hidup yg memiliki sikap begini, ada cara yg boleh dilakukan untuk menghentikan sikap buruk suami.
Salah satu caranya adalah dengan seks.
Seks adalah SALAH SATU punca mengapa lelaki yg berfoya-foya. Ketidakpuasan dgn layanan isteri menyebabkan mereka yg kurang iman ini kecewa dan bertindak mencari kepuasan diluar.
Jadi daripada duduk bersabar menghadapi kerenah suami yg sebegini, apa kata anda praktikkan perkara berikut.
1) Berilah pengertian - Anda harus bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayanginya, lebih mengambil berat, merendah diri, memberi pemahaman, ramah, mesra, membelai manja dan melakukan perkara yg seeloknya dilakukan oleh seorang isteri.Di samping itu selitkan juga akan tanggungjawabnya sebagai suami dan terangkan setiap perbuatannya akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak dan mungkin akan memberi kesan terhadap anak2nya nanti.
2) Sedia melayani - Setiap kali suami "menginginkan"jgn sesekali menolak. Bila perlu tawarkan sahaja kepadanya nya ut melakukan aktiviti seksual. Apa salahnya!! Anda berdua suami isteri yg sah.
Jangan menolak kehendaknya walau ketika itu anda kurang bernafsu adan kurang mood utk seks. Usahakan utk membangkitkan ghairah secara perlahan-lahan. Pokonya anda harus bersedia melayan kehendaknya setiap masa.
3) Tampil Ghairah - Pakai dan tampillah dgn sesuatu yg boleh membangkitkah ghairah suami. Misalnya dgn berpakaian tipis sehingga lekuk2 tubuh dapat dilihat dgn jelas. Suami mana yg sanggup meningggalkan rumah bila melihat isteri dalam keadaan sedemikian. Sekiranya perlu pamerkan aksi2 menggoda dihadapan suami suapaya dia bernafsu dan ingin bermesra. Nescaya suami tidak langsung mempunyai hasrat utk berfoya-foya di luar.
4) Agresif - Peranan aktif seorang isteri yg punya suami yg suka berfoya-foya di luar memang sgt penting. Setiap kali berhubungan, anda harus lebih aggresif dan menampilkan sesuatu yg baru supaya suami tidak bosan dan puas hati. Layanilah suami anda hingga menimbulkan kesan yg menggembirakan dirinya .
Kesihatan Ku Adalah Kecantikan Ku.
Kesihatan Dalaman Yang Menyerlahkan Kecantikan Luaran. Jangan lupa bersama JAMU MAK DARA untuk meningkatkan prestasi anda.
Posted at 06:12 am by jamumakdara
Permalink
Artikel Dari Akhbar & Majalah
FORMULASI JAMU MAK DARA
Mungkin sudah ada wanita Malaysia hari ini yang berkiblatkan Barat dalam soal penjagaan kesihatan dan kecantikan.Namun, kembali kealam semula jadi merupakan satu prinsip tetap di minati wanita Malaysia sekarang dalam memelihara keanggunan mereka.
Menyokong usaha murni itu ialah pengusaha Jamu Mak Dara , Halimah Shuib , 62 tahun, yang turut mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15 tahun.Beliau mewarisi resepi dan petua jamu yang di perturunkan daripada ibu nya, Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit Johor.
Langkah nya yang elegan dan gaya nya yang anggun di lihat sebagai masih mampu merampas gelaran Ratu Kebaya jika ia masih di pertandingkan seperti yang pernah di juarai nya suatu ketika masa dahulu.
Bukan sekadar segak pada fizikalnya, Halimah Shuib masih gagah berbanding wanita-wanita lain yang seusia nya.Halimah yang tidak pernah berhenti daripada rutin "senaman dalaman wanita" kini giat mengusahakan katering.Beliau juga mengadakan bengkel kecantikan luaran dan dalaman selain perusahaan jamu nya yang terus mendapat sambutan ramai.
Jamu yang di perbuat daripada bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan , daun-daun , akar kayu,buah-buahan dan bunga-bungan yang mempunya khasiat tersendiri itu di percayai dapat merawat kesihatan dan dan kecantikan tubuh badan.
"Utamakan cara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh,luar dan dalam.Semua aspek perlu di jaga sama ada dari segi pemakanan , senaman dan pantang larangg.," pesan Halimah yang telah 47 tahun mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional itu.
Keberkesanan jamu sebenar nya bergantung kepada individu yang mengamalkan nya. Jika sekadar mengambul jamu tetapi tidak akur kepada pantang larang atau nasihat yang berkaitan,usaha itu hanya sia-sia.
"Mengambil jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke gerbang perkahwinan dan seterus nya memasuki alam keluarga.Lelaki juga digalakkan mengamalkan nyag bagi memantap kan kesihatan tubuh," tambah Halimah ketika di temui di rumahnya.
Halimah menegaskan bahawa penjagaan kesihatan tubuh sebegini bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi sebalik nya dapat memelihara hubungan suami isteri agar berkekalan.
Produk jamu Halimah Shuib yang di sediakan berasaskan bahan tradisional itu telah sampai ke Johor, Pahang, Singapura & Brunei.Ia terdiri daripada tiga produk utama :- Jamu Sunti , Jamu Mak Dara dan Jamu Pria.
Jamu Mak Dara di katakana dapat membuat tubuh terasa ringan , menyingkirkan lemak , menghilangkan kegatalan, mengurang kan kesan keputihan , merawat keadaaan yang terlalu kering atau terlalu basah pada alat sulit. Ia juga di katakan boleh mengubati senggugut,membantu masalah sakit sendi atau sakit lutut , sesuai di gunakan untuk waktu berpantangan selepas bersalin dan berupaya merapatkan faraj wanita.
"Mungkin ramai yang tidak menyukai bentuk serbuk kerana mereka akan dapat mengesan rasa pahit atau payau akar kayu.Namun pengambilan jamu ini untuk satu minggu sahaja sudah menampakkan kesan positif.Lagipun,bentuk kapsul mengambil masa yang lebih lama untuk diproses dan kami mahu mengekalkan tradisi lama," terang Halimah yang mempunyai 4 orang anak berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Jamu yang mendapat perhatian beberapa artis terkenal sperti Nanu Baharuddin, Aleeza Kassin dan ramai lagi itu akan menunjukkan kesan awal seperti mudah lawas dan dapat membuang angin dari dalam badan.
Jamu Sunti bula di katakan mengkhusus kepada system haid tidak teratur.Selain itu , jamu untuk remaja perempuan itu juga dapat membantu membuang lemak, meringankan badan, menjadikan badan terasa segar dan membuang angin dari dalam badan dan melawaskan.
Jamu Pria yang di rumus khas utuk lelaki pula dapat membuatkan tubuh terasa lebih ringan dan segar di samping dapat membuang toksin ,lemak dan angin dari dalam badan.
Melalui amalam jamu itu pengguna lelaki dapat membina kekuatan pinggang terutama nya mereka yang sudah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.
Selain tiga produk utama berkenaaan , Halimah juga menyediakan rempah mandi yang berasaskan beras dan bungan ros dan dapat berfungsi menghilangkan bau badan , membuang daki dan menghaluskan kulit,Di samping itu,Halimah turut mengusahakan Tepung Kek Coklat Halimah, hamper hadiah yang di balut menarik dan buku resepi masakan tradisi Johor yang sudah sekian lama berada di pasaran.
PETIKAN – Kosmo Jumaat 19 November 2005 Oleh Fatimi Nadiah Zainudeen

PERTUKARAN PERJANJIAN KERJASAMA DI ANTARA TECHNOLOGY PARK MALAYSIA DAN PENGASAS JAMU MAK DARA
25 Jan, Raub – Technology Park Malaysia telah menandanangani perjanjian kerjasama dengan usahawan biotek Yaabib Dot Com, pengasas Jamu Mak Dara. Pertukaran perjanjian itu dimentrai oleh Presiden/CEO Technology Park Malaysia, Mohd Azman Shahidin dengan pengarah Yaabib Dot Com, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali.
Majlis pertukaran perjanjian kerjasama ini telah diadakan di Pusat Biotek Herba Technology Park Malaysia dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Sri Jamaludin Dato' Mohd Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YM Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, Pengerusi Technology Park Malaysia.

Gambar Ibu Halimah Shuib bersama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Raub ketika upacara PERTUKARAN PERJANJIAN KERJASAMA DIANTARA TECHNOLOGY PARK MALAYSIA DAN PENGASAS JAMU MAK DARA





Posted at 06:29 am by jamumakdara
Permalink
KOLEKSI TESTIMONI JAMU MAK DARA

Ini feedback dari sorang customer , ingin berkongsi kegembiraan tapi malu.. Lebih kurang begini lah citer nya melalui telefon :-
" Memang best makan jamu mak dara ini.Saya ni memang le tak tua sangat lagi..lewat 30an.Tapi di sebabkan letih bekerja dan balik rumah ada kerja lain menanti lagi. Memang kalau dapat tidur agak tidak berapa enak jika ada gangguan di waktu malam..Memang lah satu tanggung jawab tapi di sebabkan penat...mood pun hilang entah kemana.Kesian kat suami dan saya sedar memang satu dosa jika menolak.Tetap melayan tapi dalam keadaan hanya kerana TANGGUNG JAWAB .Kalau boleh nak layan tidur aje...Kini setelah mengamalkan jamu mak dara, saya pula jadi pelik kerana saya pula ternanti-nanti .Memang jadi bersemangat kembali . Rasa begitu bertenaga.Suami memang lah gembira dengan perubahan.Dari seorang isteri yang kurang semangat jadi POWER "

TESTIMONI JAMU MAK DARA
suka..dapat testimoni...sorang pelanggan mama......regular customer!!
Pregnant selepas makan Jamu Mak Dara....1st baby plak tu.. Mama plak yang gembira sangat..Sebelum ni dah cuba makan benda lain gak.. dan paling kelakar...bila di tanya suami....mana lagi best antara_______ dan Jamu Mak Dara ? Jawapan nya JAMU MAK DARA...... lagi POWER katanya.. Akhir nya misi utk mendapat zuriat tercapai... Mama harap beliau selamat hingga melahirkan zuriat pertama !!

Memang menghadapi masalah period tidak teratur sejak zaman anak dara lagi.
Kini tengah berusaha utk dapatkan anak ke dua.Cuma masalah period tidak teratur menyebabkan susah utk pregnant.
Baru2 ini doktor telah pesan jika period tak datang gak..MESTI makan ubat .Mengejutkan sebab makan JMD 1 minggu terus keluar period secara normal tanpa perlu ubat dari doktor.Jika dulu2...mesti cuba spirulina atau EPO Primrose tapi jika tidak berjaya terpaksa jumpa doktor juga.
Doktor pun turut terkejut.

Puas hati sebab sebab proses keluarkan angin dan buang air besar begitu lancar.Tidak memulas-mulas...Rasa makin bertenaga..Balik kerja masih boleh buat aerobik 30 minit.Servis utk suami memang KELAS...tambah power.

Testimoni terkini...baru aje borak2 kat YM dgn member ni:-
Turun berat badan dari 56 kg menjadi 51kg..makan jamu Mak Dara tak habis pun satu kotak.Mungkin kombinasi makan jamu dan berpuasa mempercepatkan penurunan ....Alhamdulillah

latest testimoni setelah 2 minggu mengamalkan JMD from customer dari puchong:
"masa mula makan 54kg, sekarang dah 51kg, badan x rasa letih, selalunya lepas buka, sembahyang, ngantuk sgt2...ini sampai kul 2 pagi leh layan tv lagi... breast ada rasa pejal skett...hubungan husband & wife...entah lerr....dia tak komen apa2 pun...tapi hari2 asyik nak meleset je kat kita hahahaha"

TESTIMONI JAMU MAK DARA
Beliau ada masalah tak datang period dah 2 bulan...dah makan ubat dari doktor...tapi masih gak tak mau keluar2. Makan jamu mak dara 2 minggu.....tup2 datang gak period yang di harap2kan keluar....Memang POWER JMD......ni dia tengah lega sangat.

TESTIMONI JAMU MAK DARA
ermm nak update..selepas hampir 2 minggu makan jamu ni.. lady dah dapat rasa satu lagi kesan baik selepas makan JMD... nampaknya..mmg betul kata forumer yg lain... lepas je amalkan JMD ni "semangat" tu mmg membuak jelah... pantang tersentuh terus jadi...cik abg pun sengih memanjang jela.... dia kata dia plak kena cari jamu utk lelaki...hehehe mmg superb lah JMD ni.

Testimoni dari pengguna JAMU MAK DARA
Cuma makan satu kotak sahaja masa bulan puasa.... turun berat badan 5 kg.
Teramat puas hati sbb kesan menakjubkan.
Di samping itu...utk kebahagian suami isteri memang di akui keberkesanan nya

Testimoni orang dalam pantang..
hari ni hari ke 3 makan JMD......barulah lawas membuang segala kotoran , angin pun asyik keluar......suspend gak kot babypun angin, maklumlah menyusukan...tapi alhamdulillah setakat ni .ok je .Badanpun rasa lebih segar walaupun baby bangun kerap untuk menyusu

Just nak update laa kan.. Lepas makan jamu nie ramai yg puji.. Ramai Kata badan dah kurus sikit... Muka pun berseri-seri.. Syok nyer..! Tang apple tue memang cun laa.. pink ajer.. hee.. hee.. malu cek... Malu tapi suka

Assalamualaikum...
Nak update nie..malam tadi balik kg aku..sampai umah kul 11 lebih gitu..balik jerk masuk bilik terus terpandang timbang,,eh..penimbang baru...tetiba mcm terus terlompat kat penimbang tu..erk..betul ke nie..tak mamai ke aku nie?? aku suruh adik aku tengok..dia pun kata 70kg..kekekkekekek...confirm..berat aku dah 70kg..turun 4kg..dulu ingat tak aku kata aku nak timbang on 31 dec..tapi sbb terghairah tengok penimbang baru terus terlupa..

NI testimoni dari yang dikategori RATU SEMBELIT
jika dulu buang air besar dlm 3 hari sekali...kini setelah amalkan JMD sudah bertukar......dalam satu hari 3 X membuang... Betui2 puas hati...Lega sangat kata nya...Ringan rasa kepala!!
Mula2 beli Pek Percubaan...baru2 ni terus order 1 kotak...
sekian melapurkan...

Pengalaman pengguna setelah mengamalkan lebih kurang 2 minggu Jamu Mak Dara:-
" Terasa segar badan dan paling terasa bahagian payudara semakin montok.Terasa makin ketat plak bila pakai bra.... . Nampak gaya nya ....tips mengampu payudara semasa minum jamu telah memberi kesan yang positif

TESTIMONI - JAMU MAK DARA
A'kum mama.. nak kasi testimoni terbuka kat mama.. ekeke (tima kasih-tima kasih)...
Cayalah JMD nih, best sangat, tapi nak telan, tuhan aje yg tau seksanya. Tak apalah, 2 kali sehari aje, yek.
Beli kat mama JMD & Sauna, sampai kat tgn brg2 tu, Selasa last week (27 Nov) skang Selasa (5 Dis) thats mean dah sEminggu saya makan JMD tanpa ponteng dan gunakan sauna selang sehari. Hasilnya --> saya hilang 3.2kg dlm masa 1 minggu. Ajaibnya... Terkejut rasa cam tak percaya aje..

TESTIMONI JAMU MAK DARA + SAUNA gak lee..... dari forumer sebelah sinun di topik yang mama buka
pengalaman sendiri: dah mkn JMD almost 3 kotak ... + execise sikit2 plus sauna n jaga makan .. nak tau tak berapa berat badan i turun ???.. jeng jeng jeng 10 kg.. (dlm 3 bulan) ... seronok giler and rasa cergas sgt badan .... terima kasih JMD ..
pengalaman mak kat kg: mkn jmd baru sekotak .. tapi dia ckp berat dia dah turun 4kg .. masa dia timbang tu, ada la sorang staff lelaki dia tanya .. buat apa sampai boleh turun. dia ckp mkn JMD la .. terus jer staff tu suh order utk dia sekali.. wakakaka
pssst tumpang tanya pada sesape yg berkenaan .. kalau jamu pria tu pun boleh turunkan berat badan jugak ker?
pengalaman teman sepejabat:
period dia sebelum ni dah lama tak datang. tak tetap .... so i syor kan ambik JMD ni.. lepas dia makan dlm sekotak .... so far period dia dtg dgn lancar.. tumpang gembira utk dia. .. dia tgh bercadang utk pregnant .. so sama2 la kita doakan moga dia cepat2 lekat yer .. amin ..
so pada saper2 yg nak cuba mkn jamu tu .. memang berbaloi la makan JMD ni .. the best so far .....

Askm mama... Sori lambat reply. Lately server asyik down je.. ni baru boleh tgk forum ni. Thanks so much mama... rasa macam mimpi tapi itulah dia kekuasaan ALLAH s.w.t Kita hanya berusaha tapi Dia yang maha Kuasa... Hari ahad lepas dah confirm ngan doc. Alhamdulillah memang pregnant.. ni nak promote kat kawan2 lain lak. Tapi bila cakap pasal nak kena makan jamu tu yang depa dok meliat nak makan.
I cakap kita ni harus berusaha...-

TESTIMONI JAMU MAK DARA ---------------------------------
Mama nak share satu lagi berita gembira mengenai JAMU MAK DARA... tepat pukul 12.14 tengahari - 21hb. Feb 2007...mama terima sms gini..
Lebih kurang gini lah..
" Assalamuailaikum....
baby just nak inform mama...Alhamdulillah selepas makan JMD selama 2 bulan, baby mengandung sekarang ni mama..Syukur sangat2.."

TESTIMONI SAUNA PANTS + JAMU MAK DARA.
selamat pagi mama....
mama...fara nak cite nie...fara dah leh pakai baju kurung yg cutting kecik skit dr skang... dah seminggu fara guna sauna pants & JMD fara dah turun 2 kg...inci pun dah kurang 1 1/2 inci....pakai suar tide dah x nmpk sgt benjol2 kat blakang peha....rase smooth je nak jln...heheheee pakai baju kurung ni....slalu kain bile nak zip rase sendad je kat pinggul tp skang...cam x caye je leh selesa la...pagi td mak fara tegur..."eh dah ok lak pakai baju tu...kalau x cam sarung nangka..." tp dia xtau rahsia fara....heheheee....
**Kombinasi HANGAT - Sauna Pants + Jamu Mak Dara + Konsisten + Rajin

Puas hati sebab sebab proses keluarkan angin dan buang air besar begitu lancar.Tidak memulas-mulas...Rasa makin bertenaga..Balik kerja masih boleh buat aerobik 30 minit.Servis utk suami memang KELAS...tambah power.

TESTIMONI TERKINI JAMU MAK DARA- dari YM tapi di ringkaskan !!
Mula minum JMD pada 15hb.March 2007.. Memang mengejutkan sebab spare tyre yang selama ini dah cuba pelbagai produk telah berkurangan. Sentiasa merasa kenyang aje selepas mengamalkan JMD. Kawan2 sekeliling pun dah mula perasan badan beliau mengecil. Lagi satu part hubungan suami isteri memang menakjubkan.Beliau merahsiakan makan JMD dari suami tapi ...suami nya naik heran kerana perubahan begitu ketara... Bahagian 'buah epal 'makin pejal..

salam mama,
saya dah start JMD yg pek pecubaan. Wah seronok la...husband saya pun suke sesangat bile part malam...kekadang ajak balik tghari... tapi dah nak abih dah...ingat dpt gaji nie nak beli lagi...hari tu saya gi umah kawan...family dorang kata badan saya dah susut....al-hamdulillah... rasanya JMD nie membantu buang2 angin & cecair kat dlm badan kot

TESTIMONI TERKINI - PREGNANT - Jamu Mak Dara 1 KOTAK aje
Baru YM dgn member...tapi mama ringkaskan aje...
Anak beliau sudah berumur 4 tahun. Masa berusia 2 tahun berusaha utk dapat kan anak. Pelbagai usaha di lakukan tapi tak berjaya. Setelah berusaha selama 2 tahun, berkat makan JAMU MAK DARA 1 kotak...kini di sahkan mengandung.
Petang semalam beliau ada beritahu nak buat pemeriksaan di klinik ....pagi tadi terus beritahu berita gembira ....Penantian 2 tahun kini berakhir..
Pengakuan beliau gak..masa makan JMD...memang best sangat..badan rasa segar aje

TESTIMONI TERKINI JAMU MAK DARA - 1 KOTAK
Berat badan turun 3 kg dgn hanya makan 1 kotak Jamu Mak Dara. Kulit muka tambah cerah. semakin glowing.. Jaga pemakanan spt kurangkan berlemak, air manis. Tidak makan selepas pukul 7 malam. Kurangkan nasi..bukan tak makan terus. Minum banyak air kosong. Makan buah sebelum makan nasi. Minum air setengah jam sebelum makan dan setengah jam selepas makan. Makan pula kunyah perlahan-lahan.

Testimoni terkini dari pelanggan...2 minggu amalkan JMD
" Walaupun pada peringkat awal saya di serang demam dan batuk . Kahak2 dan lendir2 semua keluar. Tapi hasil nya badan tambah segar. Muka tambah berseri-seri..kemerah-merahan...Memang puas hati mengamalkan JAMU MAK DARA"
MORAL - rahim yang sihat menyerlahkan muka yang berseri-seri.

TESTIMONI JAMU MAK DARA ---------------------------------
Mama nak share satu lagi berita gembira mengenai JAMU MAK DARA... tepat pukul 12.14 tengahari - 21hb. Feb 2007...mama terima sms gini..
Lebih kurang gini lah..
" Assalamuailaikum....
baby just nak inform mama...Alhamdulillah selepas makan JMD selama 2 bulan, baby mengandung sekarang ni mama..Syukur sangat2.."

Td dpt sauna pants n jamu mak dara (2nd box). Jamu ni kite sebenarnya payah gak nk telan tp rasa dia MUCH100x better dr jamu lain2 mcm nona roguy, etc coz x payau, x pedas, etc. JMD nih sesedap rasa jek... cuma tekak lerr terkulat2 nk telan!! :d
Setakat nih da turun 2 kg... peh nih pakai sauna pants n drink JMD..hrp2 2run cepat laei lerrr
TQ to mama for the speed delivery!!! Mcm speedy gonzalez sampainya!!!!

Kini mengandung setelah makan 4 kotak JAMU MAK DARA secara konsisten . Jauh di terbangkan JMD dari Semenanjung ke Sarawak..Bakal lahir anak ke 2. Anak sulung kini berusia 2 tahun.Alhamdulillah!!

TESTIMONI JAMU MAK DARA
Ini mama baru je baca dari OFFLINE MASSAGE....time offline pun ada yang belasah kasi testimoni . Nama di XXXXX kan...
xxxxxxx (4/15/2007 11:14:15 PM): mamaa.. sy ada cerite nk dikongsi dgn mama..
xxxxxxx (4/15/2007 11:15:18 PM): sy dah minum JMD msk 2minggu
xxxxxx (4/15/2007 11:15:45 PM): memang byk perubahan la dr segi dalaman n luaran
xxxxxx (4/15/2007 11:16:56 PM): dulu rambut sy byk gugur,tp skrg dah ok sket
xxxxxx (4/15/2007 11:18:10 PM): tp yg membuatkan sy asyik senyum sorang2 ialah pujian dr hubby..
xxxxx (4/15/2007 11:20:20 PM): katanya sy punya semangat ms bersama cam kuasa kuda.. xxxxxx (4/15/2007 11:21:28 PM): alhamdulillah sy n hubby puas hati laa.

Testimoni JAMU MAK DARA ~ ibu dlm pantang mkn JMD susu badan bertambah jgn risau susu kering...JMD tak sama cam jamu yg lain....tak panas...tak mengeringkan susu.

Masalah period 4 bulan sekali aje .....
sejak amalkam JMD dah 2 bulan...berturut2 period hingga beliau rasa jadi perempuan NORMAL dah.....sbb dah lama period bermasalah.

Ni ada sorang duk puas hati setelah makan JMD..
" Buah epal makin up.....makin pejal...macam pakai bra push up . Terletak dgn molek nya.Masalah keputihan makin berkurangan"

TESTIMONI JAMU MAK DARA + HERBALIFE
Turun 2 kg dalam masa 1 minggu lebih.
Jika sebelum ini agak lembab penurunan walaupun minum Herbalife.
Alhamdulillah..berkat kombinasi JMD + Herbalife.
Berjaya turunkan berat badan.

Menanti 6 tahun untuk mendapatkan zuriat.
Kini sudah pregnant !!!
Setelah amalkan 3 kotak JAMU MAK DARA secara konsisten.
Alhamdulillah

Testimoni JAMU MAK DARA - MENGANDUNG!!
Telah berusaha lebih kurang 8 / 9 tahun.... dah buat macam2 usaha termasuk buat suntikan hormon. Tapi dengan berkat Jamu Mak Dara - amalkan cuma 2 kotak kini sudah pregnant..
Alhamdulillah!!!
MORAL - kita berusaha ALLAH yang memakbulkan..Yang penting..USAHA DAN TAWAKKAL..di iringi dgn DOA berterusan!!!

|
Seronok dengar testimoni dari customer JMD....
" 1 minggu turun 3 kg - berjogging gak...pakai girdle..Makin segar.!!"
Moral nya - sapa yang berhajat ingin kurus...kombinasi kan dengan bersenam ...Insya'Allah!!!
|
|

Posted at 06:31 am by jamumakdara
Permalink
Thursday, August 17, 2006
Jamu Mak Dara ni memang dapat membantu menyelesaikan masalah angin dalam badan.Angin juga salah satu penyumbang kegemukan badan!! Jenis-jenis kegemukan individu ialah:
1. Gemuk Air - Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. 2. Gemuk Angin - Perut berasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar. Mudah mendapat sakit kepala. Apabila mengambil jamu ini, biasanya kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal. 3. Gemuk Daging - Badan berasa berat dan pejal. Mudah penat apabila melakukan tugas harian. Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan. Simptom awal pengambilan jamu:-
1. Pening Kepala - Disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan. 2. Mengantuk - Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja. Keberkesanan JAMU ni bergantung pada hormon dalam badan seseorang, tahap metabolisma, tahap kolesterol, jenis kegemukan & tahap kesihatan seseorang...Dengan pengambilan jamu secara teratur & berterusan, InsyaAlah dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan dan menjadikan anda sentiasa sihat, segar & bertenaga.
Posted at 08:01 pm by jamumakdara
Permalink
Wednesday, October 18, 2006
SOALAN YANG SERING DI TANYASOALAN Bolehkah Jamu Mak Dara atau Jamu Anak Dara di amalkan semasa datang haid.? JAWAPAN Tidak perlu diamalkan jika perjalan period sudah lancar. Boleh di amalkan jika perjalanan period keluar tidak lancar.Contoh nya keluar sedikit-dikit tapi mengambil jangkamasa yang lama . Kurangkan dos atau makan cuma selang sehari sahaja _________________________________________________________________ SOALANBilakan waktu yang sesuai untuk makan Jamu Mak Dara selepas melahirkan? JAWAPAN
Bagi orang yang baru melahirkan anak, eloklah di amalkan pengambilan
jamu mak dara pada hari ketujuh (7) dalam pantang. Amalan ni
dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut,
menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan
mengecutkan rahim...
Jika bersalin secara pembedahan - 3 minggu selepas melahirkan. cara minum spt di atas! _________________________________________________________________ SOALANBolehkan mengamalkan Jamu Mak Dara /Anak Dara dan di waktu yang sama makan supplement yang lain?? JAWAPANBoleh . Cuma jarakkan waktu nya ________________________________________________________________ SOALANKenapa kepala saya pening2 di waktu peringkat awal mengamalkan Jamu Mak Dara /Anak Dara? JAWAPANPening kepala terjadi di sebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong . Sekurang-kurang nya 8 gelas satu hari. Lagi banyak lagi bagus....
----------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANKenapa ari2 saya sakit ketika mengamalkan Jamu Mak Dara? JAWAPANIni adalah kerana rahim anda tidak berapa sihat. Sakit ari2 tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulih kan rahim tersebut. ----------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANBoleh kan saya mengamalkan Jamu Mak Dara jika berhasrat untuk mengandung. JAWAPANAmat di galakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim. Ramai testimoni telah berjaya mengandung setelah mengamalkan Jamu Mak Dara. Jika anda sedang merancang...sila amalkan satu kotak di peringkat awal.Jika belum berhasil sebaik nya amalkan sehingga 3 kotak. Sekiranya anda merasakan ada kelainan spt lambat datang haid ...harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing utk memastikan samada anda mengandung atau tidak!! ------------------------------------------------------------------------------------------------------ SOALANSelalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan mengganggu proses utk mendapatkan zuriat. Benarkan begitu?? JAWAPANMengamalkan jamu mak dara tidak mengganggu proses utk mendapatkan zuriat!! Malah dia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri.Meningkatkan tahap keghairahan.----------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANSaya rasa amat mengantuk /penat di peringkat awal makan JMD/JAD?? JAWAPANItu adalah proses pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja. Itu adalah tanda banyak toksin didalam badan. Bukan semua orang merasakan simptom tersebut.Itu adalah petanda baik.Insya'Allah anda akan segar sentiasa selepas itu. -------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANKenapa keputihan saya keluar dengan banyak nya..? JAWAPAN.Itu adalah perkara biasa .Teruskan makan jamu..Lazim nya selepas itu keputihan akan berkurangan dan ada yang hilang terus dari masalah keputihan ------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANBoleh kan amalkan Jamu Mak Dara jika saya masih menyusukan bayi ?? JAWAPAN.Tidak menjadi masalah .Tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda. Malahan mengamalkan jamu akan membantu menambahkan air susu ibu. ------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANBolehkah JMD /JAD membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak menentu?? JAWAPAN Salah satu khasiat adalah membetulkan sistem kitaran haid. ------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALAN Kenapa darah haid saya keluar dengan banyak?? JAWAPANItu adalah kesan positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu di keluarkan dengan kadar yang sepatut nya agar tidak tertinggal didalam rahim. Ini akan menimbulkan masalah rahim dimasa akan datang. ------------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANBoleh kan saya makan Jamu Mak Dara sedangkan saya masih belum berkahwin?? JAWAPAN Tidak di galakkan. Sebaiknya makan lah Jamu Anak Dara... Sudah memadai . ----------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANKenapa saya tidak turun berat badan ? JAWAPANJamu Mak Dara BUKAN produk utk melangsingkan badan. Ia adalah produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita. Cuma kelebihan nya banyak membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan. Ramai testimoni turun berat badan jika mengamalkan dengan konsisten. Kurangkan makan berlemak dan berminyak . Pastikan banyak minum air !! PERINGATAN - Testimoni adalah berbeza-beza ...ikut keserasian badan masing-masing. --------------------------------------------------------------------------------------------------- SOALANBenarkah jamu ini membantu merapatkan lagi hubungan suami isteri? JAWAPANDi akui ramai yang telah mengamalkan nya. Lazim nya selepas makan jamu mak dara selama 7 hari , suami akan merasakan perubahan pada alat kelamin isteri. Insya'Allah.... -------------------------------------------------------------------------------------------------- AKAN UPDATE LAGI........jika ada sebarang soalan lazim
Posted at 08:36 pm by jamumakdara
Permalink
Monday, March 05, 2007
Jamu Vigor untuk lelaki, telah diamalkan dari satu generasi ke satu
generasi. Dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan Malaysia
untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan kecergasan yang maksima
sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan yang
sempuna luar dan dalam, malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian
suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Vigor for Men untuk kekal muda
dan kesihatan yang sejahtera.
Di antara kebaikan Jamu Vigor untuk LELAKI:
Lemah Syahwat
Jamu Vigor for Men membantu meningkat libido lelaki dan
membantu peningkatan hormone testosteronelelaki yang meningkatkan tahap
seksual kaum lelaki.
Stamina
Jamu Vigor for Men membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kecergasan sepanjang hari.
Ketagihan Rokok
Selain itu, Jamu Vigor for Men juga membantu kaum Adam untuk
mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan herba yang aktif
dapat menyingkirkan kesan nikotin, juga membantu perokok yang ingin
berhenti serta mempercepatkan proses pemulihan.
Bentuk Tubuh
Jamu Vigor for Men juga dapat membuang toksik dalam badan
sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam sistem tubuh. Ia
secara tidak langsung dapat membantu mengawal dan menurunkan berat badan
serta memperkemaskan bentuk tubuh.
Posted at 06:08 pm by jamumakdara
Permalink
Jamu Almira adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan
sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang
semulajadi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan
untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk
tubuh.
Kami percaya pemakanan tambahan adalah perlu untuk
kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan. Jamu Almira
bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk memberi kesan yang
terbaik apabila digunakan secara berkala dan konsisten seperti yang
dicadangkan.
Almira dapat :
• Mengatasi masalah keputihan
• Memberi tenaga
•Membuang toksik dalam badan
• Memperbaiki sistem kitaran haid
• Membakar lemak berlebihan
• Membuang angin
• Mengurangkan masalah bau badan
• Mengatasi masalah kemaluan berbau
• Mengurangkan senggugut
• Rahsia untuk kekal Awet Muda
Selain itu Jamu Almira juga amat bagus untuk kebaikan dan kesihatan luar dan dalam anak gadis remaja.
RM 45.00
60 kapsul 2 pagi 2 malam
Posted at 06:14 pm by jamumakdara
Permalink
Thursday, March 29, 2007
HAMIDAH HUSIN - Tel : 013-3546429YM - mamaboomboom123
Pembayaran melalui akaun berikut:- HAMIDAH BT HUSIN No. Akaun Maybank - 162245001801 No Akaun CIMB/BCB - 1228-0068173-52-7 PERHATIAN! Selepas membuat pembayaran, sila maklumkan produk yang anda beli dan jumlah pembayaran.Sms atau email nama dan alamat penuh anda dengan segera!
Caj penghantaran POS LAJU:- - RM6.00 (Semenanjung Malaysia) - RM10.00 (Sabah/Sarawak )
Posted at 03:57 am by jamumakdara
Permalink
Wednesday, May 02, 2012
JAMU MAK DARA GOLD - latest design..
 JAMU MAK DARA GOLD
Produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah
seperti yang selalu dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur. Ia
merupakan satu produk herba yang menggabungkan warisan sezaman,
teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang
semulajadi. Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu
menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem tubuh.
Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi
dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap
Arthritis. Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan
pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita.
Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan
kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat
sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara Gold
bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk merangsang gaya
hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten
berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul. Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:- 1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan
setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar
kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan
formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya. 2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira
status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari
pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan
penjagaan sempurna luar dan dalam. 3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot
faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar
serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat
merapatkan kembali faraj bermasalah. 4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi
mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama
pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi
masalah ini. 5. Memberi Tenaga Kecergasan tubuh
wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas
tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang
berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian. 6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat
meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan
toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh,
mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan
darah. 7. Memperbaiki sistem kitaran haid Kitaran haid
yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon
Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak
teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata
dan lain-lain. 8. Membakar lemak berlebihan Lemak
berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak
berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat
badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan. 9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang tidak seimbang dan pendedahan
pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat
mengurangkan masalah ketidakselesaan badan. 10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan
sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat
membantu mengurangkan masalah bau badan. 11. Mengatasi masalah kemaluan berbau Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau. 12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif. 13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh
badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan
masalah lemah tubuh badan. KAPSUL - RM 49 ( 60 biji) (tidak termasuk postage)
## jika masih menerima tutup nya yg design lama...tetap original ye!!
Mungkin stok lama tapi masih belum mati tarikh luput nya!!
Posted at 09:26 pm by jamumakdara
Permalink
|
 |
|
|
|
 |
|
 |
 |
PENGEDAR JAMU MAK DARA DI PERLUKAN!!
|
 |
|
|