Entry: Info Thursday, August 17, 2006




Jamu Mak Dara ni memang dapat membantu menyelesaikan masalah angin dalam badan.Angin juga salah satu penyumbang kegemukan badan!!

Jenis-jenis kegemukan individu ialah:

1. Gemuk Air -  Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

2. Gemuk Angin  -   Perut berasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.  Mudah mendapat sakit kepala.  Apabila mengambil jamu ini, biasanya kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.

3. Gemuk Daging -  Badan berasa berat dan pejal.  Mudah penat apabila melakukan tugas harian.  Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin ini kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.  Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.

Simptom awal pengambilan jamu:-

1. Pening Kepala - Disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkatkan kembali metabolisme badan.

2. Mengantuk - Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi dan toksin yg banyak di dalam badan. Proses penurunan kolesterol dan penyingkiran toksin akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk beberapa hari sahaja.


Keberkesanan JAMU ni bergantung pada hormon dalam badan seseorang, tahap metabolisma, tahap kolesterol, jenis kegemukan & tahap kesihatan seseorang...Dengan pengambilan jamu secara teratur & berterusan, InsyaAlah dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan dan menjadikan anda sentiasa sihat, segar & bertenaga.






   1 comments

Iz
July 7, 2009   12:10 AM PDT
 
Saya ada kencing manis,mkn ubat doktor dan ubt tambahan lain.boleh ke saya makan jamu anak dara ni?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments